Adakah anda sudah membuat persediaan? April 28, 2008
Posted by takafulconsultant in 1.trackback
Guru KAFA rayu bantuan
Oleh JAAFAR AHMAD
JOHOR BAHRU 25 April – Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), Solehan Paiman, 33, yang menghidap kanser tengkorak merayu bantuan orang ramai untuk membiayai kos pembedahannya yang dianggarkan berjumlah RM60,000 pada 2 Mei ini.
Guru di Sekolah Agama Murni Jaya, Layang-Layang, Kluang itu berkata, setakat ini dia hanya mempunyai RM20,000 dan memerlukan RM40,000 lagi untuk membiayai kos pembedahan berkenaan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur.
Menurutnya, wang RM20,000 itu merupakan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) hasil kutipan zakat daripada orang ramai.
“Saya merayu umat Islam lain termasuk syarikat swasta agar menghulurkan sumbangan bagi menampung kekurangan tersebut,” katanya.
Solehan ditemui pada Majlis Penyampaian Zakat Perniagaan Bank Simpanan Nasional (RM43,000), Mini Estet Al-Rahman (RM39,724) dan Bank Pertanian (Agro Bank) sebanyak RM20,765 kepada MAIJ di Pusat Islam Iskandar di sini hari ini.
Pada majlis itu, MAIJ turut menyampaikan sumbangan zakat kepada Solehan dan dua lagi penerima berjumlah RM70,000. Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Negeri Agro Bank, Abdul Malik Idris bagi pihak MAIJ.
Katanya, dia disahkan menghidap kanser tengkorak oleh Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada 2006 dan kini menerima rawatan susulan di hospital berkenaan.
“Kes saya kemudian dirujuk ke HUKM dan dikehendaki menjalani pembedahan pada 2 Mei ini,” katanya yang mempunyai isteri, Nohayati Taip, 28, yang sedang hamil anak sulung mereka.
Solehan pernah memohon bantuan daripada orang ramai tetapi tidak berjaya.
Dia yang akan dimasukkan ke wad HUKM pada 30 April ini, bagaimanapun melahirkan penghargaan kepada MAIJ atas sumbangan yang dihulurkan itu.
Sumber : Utusan Malaysia

- Buatlah persediaan dari sekarang dengan mengambil Medical Card daripada Etiqa Takaful Berhad. Anda tidak lagi perlu bimbang dengan kos rawatan yang semakin tinggi sekarang ini.
Comments»
No comments yet — be the first.