jump to navigation

Bersedia sebelum ditimpa MUSIBAH April 28, 2008

Posted by takafulconsultant in 1.
trackback

Remaja rayu ihsan beli kaki, tangan palsu


MOHON SIMPATI: Dari kiri Ismail, Abdul Rashidi, Nur Azirah dan Mohamad Khairul merayu bantuan orang ramai untuk mendapatkan kaki dan tangan palsu.

KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki, Abdul Rashidi Abdul Kadir, 23, yang dilanggar lari tiga tahun lalu memohon bantuan orang ramai bagi membiayai kos mendapatkan kaki palsu kerana tidak mahu terus mensia-siakan zaman remajanya.

Abdul Rashidi, yang ketika itu sedang menaiki motosikal dari Ayer Hitam ke Rengit sebelum bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan, berkata kakinya terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman di bahagian lain.

Beliau berkata, walaupun menerima dengan reda bahawa kakinya perlu dipotong setahun selepas kemalangan itu namun timbul sedikit rasa terkilan kerana tidak ada pihak yang tampil menghulurkan bantuan.
“Sebelum kemalangan itu, saya bekerja di sebuah kilang di Kluang namun mereka tidak sedikitpun menziarah untuk bertanyakan keadaan saya. Jika ada pun bantuan, hanyalah dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi sumbangan hamper pada bulan puasa lalu.

“Malah, usaha mendapatkan pampasan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (Socso) juga tidak berhasil kerana menurut mereka saya berada di luar waktu bekerja ketika kemalangan itu berlaku.” katanya ketika ditemui di Balai Berita, di sini.

Beliau menanam harapan yang tinggi agar dapat kembali bekerja kerana sejak kemalangan itu anak kelima dari enam beradik itu tidak berupaya melakukan apa-apa dan hanya menghabiskan masanya di rumah.

Abdul Rashidi berkata, bapanya, Abdul Kadir Maidin, bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan bulanan RM850 manakala ibunya, Jaliah Mohsin, suri rumah.


Selain Abdul Rashidi, dua lagi remaja yang terbabit dengan kemalangan jalan raya turut memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos kaki palsu yang mencecah RM7,800 iaitu Nur Azirah Abdul Razak, 23, dari Johor dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dari Kedah, Ismail Md Saad, 18.

Seorang lagi remaja, Mohamad Khairul Affendi Abdullah, 19, pula terpaksa memberhentikan pengajiannya dalam kursus Elektrik di Yayasan Selangor selepas terbabit dalam kemalangan September lalu hingga menyebabkan beliau kehilangan tangannya hingga paras pergelangan.

Anak bongsu daripada dua beradik itu kini bergantung hidup kepada ibunya yang mengusahakan kedai makan dengan pendapatan RM500 sebulan memandangkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Selepas kemalangan itu, saya tetap berusaha mencari pekerjaan namun ia tidak membuahkan sebarang hasil dan ini menyebabkan saya hanya membantu ibu, Jamaiah, 46.

“Saya berharap dapat kembali menyambung pelajaran ataupun mencari pekerjaan agar dapat bekerja seperti dahulu.” katanya yang kini sedang menanti keputusan melanjutkan pelajaran di Pusat Pemulihan Bangi dalam kursus Elektronik.

Orang ramai yang prihatin dengan nasib menimpa empat remaja ini boleh menghantar cek kepada Tabung Kebajikan NSTP (dengan mencatatkan nama penerima di belakang cek) ke Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd(NSTP), Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau hubungi 03-22822323.

Sumber: Berita Harian

- Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada peritiwa yang berlaku kepada kawan-kawan kita di atas. Mereka tidak inginkan perkara itu berlaku kepada mereka, begitu juga kita. Justeru marilah sama-sama kita memiliki perlindungan diri kita sendiri yang disediakan di Etiqa Takaful Berhad sebelum kita menerima MUSIBAH.

Comments»

No comments yet — be the first.