jump to navigation

Takaful is not about someone will die … May 1, 2008

Posted by takafulconsultant in 1.
trackback

Peniaga maut Perodua Kancil bertembung treler

BALING 17 Feb. – Seorang peniaga di Pasar Kupang di sini maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaikinya bertembung dengan sebuah treler di Jalan Baru Kulim Baling di Kampung Ketemba, Kuala Pegang, di sini malam tadi.

Mangsa, Fariswisam Idris, 36, dari Taman Mesra, Kupang dalam perjalanan menghantar tempahan cili dan rempah kepada pelanggannya di beberapa kawasan di daerah ini.

Ketua Polis Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 8.45 malam itu berlaku ketika mangsa yang menuju ke Pekan Tawar manakala lori treler berkenaan dari arah Kupang.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mat Daud, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Sadik Kupang awal pagi ini.

Ditanya mengenai pemandu lori treler itu, beliau menjelaskan dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Tambahnya, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Baling terpaksa menggunakan gergaji bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Mangsa meninggalkan seorang balu, Sakirah Ariffin, 34, dan tiga anak berusia antara 10 bulan dan 10 tahun.

Sumber: Utusan Malaysia

- Kalaulah orang mengerti bahawa Takaful akan menjaga keluarganya selepas dia tiada, pastinya hari ini orang akan berebut-rebut menyimpan di Takaful daripada menyimpan di bank. Marilah sama-sama kita sahut seruan Nabi Muhammad s.a.w. :
“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Comments»

No comments yet — be the first.