Tingkatkan kesedaran, jangan menyesal di kemudian hari. May 13, 2008
Posted by takafulconsultant in 1.trackback
Kesedaran wanita tentang kanser masih rendah
RAUB 11 Mei – Tahap kesedaran wanita berkaitan penyakit kronik terutamanya kanser payu dara di negara ini masih rendah walaupun banyak kemudahan disediakan oleh kerajaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, sejak program subsidi mamogram dilancarkan Mei tahun lalu, hanya 3,049 orang wanita tampil menjalani pemeriksaan di pusat-pusat kesihatan kerajaan dan swasta terpilih.
Kebanyakan yang tampil menjalani pemeriksaan tersebut pula, kata beliau, terdiri daripada golongan wanita bandar dan berpendidikan tinggi.
”Hasilnya sebanyak 241 kes adalah mencurigai dan telah dirujuk untuk siasatan selanjutnya dan 11 kes disahkan penghidap kanser.
”Walaupun statistik menunjukkan daripada 19 orang wanita, seorang adalah berisiko, namun jumlah mereka yang tampil menjalani pemeriksaan ini masih sedikit,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan Keluarga Raub Sempena Hari Ibu dan melancarkan Rakan Bistari Subsidi Mamogram di Dataran Majlis Daerah Raub di sini hari ini.
Program yang dikendalikan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu menawarkan subsidi sebanyak RM50 kepada golongan wanita berumur 40 tahun ke atas dan berpendapatan RM5,000 ke bawah yang ingin menjalani pemeriksaan tersebut.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merupakan Rakan Bistari pertama bekerjasama dengan LPPKN dalam menjayakan program itu.
Menurut Yen Yen, pihaknya akan memberi tumpuan meningkatkan kesedaran di kalangan wanita luar bandar memandangkan sambutan daripada kumpulan tersebut terlalu kurang.
”Sebagai Rakan Bistari subsidi mamogram, UIAM akan membantu LPPKN Pahang turun padang dalam menjalankan promosi dan kesedaran mengenai kanser payu dara dengan memberi ceramah dan pemeriksaan klinikal payu dara kepada masyarakat di sini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Yen Yen mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkaitan pemberian sekali atau ex-gratia dan bukan pencen terbitan kepada ibu atau bapa pegawai kerajaan yang meninggal dunia tanpa waris.
”Ini sebenarnya adalah cadangan kementerian dan saya gembira kerana Perdana Menteri mengambil kira apa yang kita utarakan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia
- Ramai lagi yang masih belum mengetahui bahawa seorang daripada 5 orang wanita Malaysia adalah berisiko mendapat salah satu daripada penyakit:
1) Sistemik Lupus Eritematosus (SLE)
2) Artritis Reumatoid (RA)
3) Kanser Payudara
4) Kanser Pangkal Rahim
Tetapi melalui pelan Afiah, Etiqa Takaful Berhad menyediakan perlindungan bagi keempat-empat penyakit tersebut. Kepada ibu-ibu dan kakak-kakak, bertindaklah sebelum terlambat.
Comments»
No comments yet — be the first.