jump to navigation

Pelan Keluarga Etiqa Takaful Berhad

DEFINISI TAKAFUL

‘Takaful’ ialah perkataan yang berasal dari bahasa Arab iaitu ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana ‘Takaful’ merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya bererti ’saling menjamin, menjaga atau memelihara’.

Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan yang menyediakan perlindungan, pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta sama-sama bersetuju dan redha dengan sumbangannya bagi maksud itu.

KONSEP ASAS

Konsep Takaful menggambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.

Takaful berdiri di atas 5 tiang (konsep) utama:

  • Al-Qasamah
  • Aqilah
  • Tabarru’
  • Al-Wakalah
  • Al-Mudharabah

PELAN ASAS

MESRA

Pelan Mesra merupakan pelan Takaful yang menawarkan perlindungan serta simpanan untuk masa hadapan. Pelan ini amat sesuai kepada semua orang yang berumur antara 6 bulan sehingga 60 tahun. Dengan kadar simpanan yang tertentu, peserta akan menerima manfaat yang cukup besar sekiranya berlaku kematian, keilatan kekal atau sijil tamat tempohnya. Pelan ini sesuai untuk menjamin pendapatan peserta atau sebagai salah satu perancangan untuk persaraan nanti.

Ciri-ciri

  • Perlindungan beserta simpanan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 60 tahun.
  • Manfaat Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh adalah disertakan dalam pelan.
  • Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 79 tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
  • Tiada Lien untuk Juvana.

Manfaat

  • Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat semulajadi).
  • Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal (akibat kemalangan.
  • Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
  • Pampasan Kemsukan Hospital (pilihan).
  • Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
  • Dana Pengebumian (segera).
  • Simpanan telah dizakatkan.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Contoh peserta:

Nama: Ali
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Kerani
Tempoh sijil: 30 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 40,958.00
Pampasan Akibat Kemalangan: RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal: RM 20,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera): RM 1,000.00
Jumlah Simpanan Terkumpul (Polisi Matang): RM 40,779.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 121,737.00


WARISAN

Pelan Warisan mempunyai ciri yang hampir sama dengan Pelan Mesra. Tetapi ia ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan sehingga 55 tahun. Uniknya, pelan ini di mana peserta mempunyai pilihan untuk menyimpan sehingga ke umur 55 tahun, 60 tahun atau 65 tahun dan perlindungan akan diberikan sehingga umur 88 tahun. Konsepnya, selepas peserta menyimpan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun, peserta masih dilindungi oleh Etiqa Takaful sehingga ke umur 88 tahun secara percuma. Ianya sesuai untuk merancang persaraan atau untuk meninggalkan harta pusaka kepada yang tersayang.

Ciri-ciri

  • Perlindungan beserta simpanan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 55 tahun.
  • Perlindungan Kematian sehingga 88 tahun.
  • Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga 65 tahun.
  • Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
  • Tiada Lien untuk Juvana.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai.

Manfaat

  • Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.
  • Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
  • Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
  • Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
  • Dana Pengebumian (segera).
  • Simpanan telah dizakatkan.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Contoh peserta:

Nama: Othman
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Eksekutif
Tempoh sijil: 30 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 21,794.00
Pampasan Akibat Kemalangan: RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal: RM 10,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera): RM 1,000.00
Jumlah Simpanan Terkumpul (Polisi Matang): RM 206,860.00
Jumlah Simpanan Terkumpul dan Perlindungan (Polisi Matang): RM 228,654.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 258,654.00

SARJANA

Pelan Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan untuk kanak-kanak. Pelan ini sesuai untuk merancang pembiayaan pendidikan kanak-kanak itu untuk terutamanya di menara gading. Cantiknya pelan ini ialah sekiranya pembayar kepada kanak-kanak ini meninggal, Etiqa akan menyambung simpanannya sehingga tamat tempoh polisi. Selain itu juga, Etiqa akan memberikan wang saku kepada kanak-kanak itu sehingga tamat tempoh polisi. Uniknya, pelan ini akan memberikan anugerah kepada kanak-kanak itu apabila dia cemerlang di dalam peperiksaan.

Ciri-ciri

  • Perlindungan beserta simpanan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 14 hari dan maksimum 17 tahun.
  • Perlindungan minimum 5 tahun dan maksimum 25 tahun.
  • Umur matang minimun ialah 13 tahun dan maksimum 25 tahun.
  • Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 55.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
  • Sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah simpanan terkumpul akan dibayar.
  • Tiada Lien untuk Juvana.

Manfaat Anak

  • Dana Perlindungan (Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh kepada anak).
  • Tabung Simpanan.
  • Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
  • Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar).
  • Dana Pengebumian (segera).
  • Anugerah Kecemerlangan Akademik:
    UPSR (5A) = RM 500.00
    PMR (8A) = RM 750.00
    SPM (8A) = RM 1000.00
    STPM (5A) = RM 1000.00

Manfaat Pembayar

  • Simpanan akan diteruskan oleh Etiqa Takaful sehingga sijil matang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada pembayar.
  • Dana Khas Keluarga sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

Contoh Peserta

Nama: Syafiq
Umur: 1 tahun
Nama Pembayar: Abd. Rahman (bapa)
Umur: 29 tahun
Pekerjaan: Guru
Tempoh sijil: 20 tahun

Amaun Simpanan: RM 100.00 sahaja sebulan

Anak
Amaun Perlindungan Asas: RM 77,521.00
Tabung Simpanan: RM 26,935.00
Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar): RM 500.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera): RM 1,000.00

Bapa
Dana Khas Keluarga (sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal): RM 10,000.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM 114,456.00

PRIMA

Pelan Prima menawarkan perlindungan serta simpanan yang dapat memenuhi keperluan semasa peserta. Pelan ini sangat unik kerana ia memberikan jaminan Manfaat Perolehan Setiap 3 Tahun dengan 10% dari amaun perlindungan asas tanpa menjejaskan sedikitpun nilai perlindungan. Konsepnya, Peserta yang menyertai pelan ini mendapat manfaat perlindungan apabila berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar.

Ciri-ciri

  • Perlindungan beserta simpanan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 54 tahun.
  • Umur Matang maksimum ialah 84 tahun.
  • Tempoh pilihan sijil ialah 18, 21, 24, 27 dan 30 tahun.
  • Terdapat aliran tunai.
  • Jaminan pulangan berjadual (Manfaat Perolehan/Income Benefit) dibayar kepada Peserta setiap 3 tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 100.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
  • Tiada Lien untuk Juvana.

Manfaat

  • Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.
  • Manfaat Perolehan. (sila rujuk jadual pulangan di bawah)

    TAHUN

    PEROLEHAN

    TEMPOH MATANG

    18 Tahun

    21 Tahun

    24 Tahun

    27 Tahun

    30 Tahun

    3

    10%

    10%

    10%

    10%

    10%

    6

    10%

    10%

    10%

    10%

    10%

    9

    10%

    10%

    10%

    10%

    10%

    12

    10%

    10%

    10%

    10%

    10%

    15

    10%

    10%

    10%

    10%

    10%

    18

    50%

    10%

    10%

    10%

    10%

    21

    40%

    10%

    10%

    10%

    24

    30%

    10%

    10%

    27

    20%

    10%

    30

    10%

  • Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
  • Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
  • Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
  • Dana Pengebumian (segera).
  • Simpanan telah dizakatkan.

Contoh peserta:

Nama: Azizi
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Pegawai Tadbir
Tempoh sijil: 21 tahun

Amaun Simpanan: RM 200.00 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (Jaminan Pendapatan): RM 34,144.00
Pampasan Akibat Kemalangan: RM 20,000.00
Pampasan Akibat Penyakit Kritikal: RM 10,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 50.00 sehari
Dana Pengebumian (segera): RM 1,000.00

Jadual Manfaat Perolehan En. Azizi

TAHUN

PEROLEHAN

Jumlah Perolehan

(3 tahun sekali sehingga Sijil Matang)

3

RM 3,414.00

6

RM 3,414.00

9

RM 3,414.00

12

RM 3,414.00

15

RM 3,414.00

18

RM 3,414.00

21

RM 21,647.00

JUMLAH PERLINDUNGAN : RM 61,177.00

AFIAH

Pelan Afiah merupakan pelan Takaful Keluarga khusus untuk wanita yang menawarkan perlindungan sahaja daripada 4 penyakit utama wanita negara ini iaitu;
1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
2) Artritis Reumatoid (RA)
3) Barah Payudara
4) Barah Pangkal Rahim

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila disahkan mengidap salah satu daripada 4 penyakit kritikal di atas.

Ciri-ciri

  • Pelan Perlindungan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
  • Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 30.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum RM 250,000.00
  • Tiada Lien untuk Juvana.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai.

Manfaat

  • Perlindungan daripada 4 penyakit kritikal wanita.
    1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
    2) Artritis Reumatoid (RA)
    3) Barah Payudara
    4) Barah Pangkal Rahim
  • Pampasan Harian Kemasukan Hospital (pilihan).
  • Manfaat Pendapatan Keluarga akan diserahkan kesemuanya mengikut baki tahun setelah disahkan mengidap penyakit di atas.
  • Manfaat Pemeriksaan Tahunan Wanita (LSR).

Contoh Peserta

Nama: Suriani
Umur: 30 tahun
Pekerjaan: Surirumah
Tempoh sijil:30 tahun

Amaun Sumbangan: RM 80.09 sahaja sebulan

Amaun Perlindungan Asas (4 penyakit): RM 50,000.00
Manfaat Pendapatan Keluarga: RM 30,000.00
Pampasan Kemasukan Hospital: RM 30.00 sehari
Manfaat Pemeriksaan Tahunan Wanita (LSR)

JUMLAH KESELURUHAN: RM 80,000.00.00

(Bersambung…)

Comments»

1. Guest - April 29, 2008

As’kum,

Betul ke plan yang 100 sebulan tu boleh ada simpanan sampai 228K++. berapa tahun punya tempoh matang tu?

Mcm tak berapa logik je.

2. takafulconsultant - April 30, 2008

Salam. Betul dan memang logik. Sekiranya tiada apa-apa berlaku pd En. Othman tu, pd tempoh matang polisi tu (umur 88 tahun), En. Othman akan dpt RM206,860 (tabung simpanan). Sekiranya En. Othman meninggal atau mengalami kecacatan kekal pd tahun itu, dia akan menerima RM228K++ (206,860+21,794) tu. kalau saudara nak tgk ilustrasi polisi tu, sy bole tlg emelkan. (sila send emel)

3. kenshin - June 30, 2008

boleh send x ilustrasi polisi 2…bealldandy@yahoo.com

4. takafulconsultant - July 2, 2008

bro kenshin, sila check email. tq

5. antudegil - July 4, 2008

boleh send x ilustrasi polisi mesra dan warisan … mohdhafizmakul@yahoo.com

6. takafulconsultant - July 4, 2008

bro hafiz, sila check email. tq.